Pengenalan
Aplikasi e-Daie merupakan sebahagian daripada Projek e-Dakwah yang telah dibangunkan oleh Bahagian Dakwah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan pada tahun 2014. Aplikasi ini bertujuan untuk memudahkan pengguna membuat permohonan sebagai Jentera Daie JAHEAIK secara atas talian.

Jentera Daie ditubuhkan bertujuan untuk membantu para pegawai dakwah dalam usaha menyebarluas syiar Islam kepada masyarakat. Selain itu, mereka akan dilatih sebagai kumpulan sokongan JAHEAIK, serta mendokong segala program JAHEAIK.