Pengenalan
Aplikasi e-Sahabat merupakan sebahagian daripada Projek e-Dakwah yang telah dibangunkan oleh Bahagian Dakwah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan pada tahun 2014. Aplikasi ini bertujuan untuk memudahkan pengguna membuat permohonan Sahabat JAHEAIK secara atas talian.

Sahabat JAHEAIK ditubuhkan bertujuan untuk memastikan generasi muda hari ini sentiasa terdidik dengan akhlak dan tingkah laku serta adab sopan. Semua peserta Sahabat JAHEAIK akan diajar dengan akhlak dan adab sopan melalui aktiviti yang akan disusun agar mereka membesar dengan akhlak Islamiah serta tanggungjawab selaku seorang Muslim yang baik. Selain itu, mereka akan dilatih sebagai kumpulan sokongan JAHEAIK, mata telinga dalam komuniti yang akan turut sama menyebarkan dakwah, amar makruf dan nahi mungkar serta mendokong segala program JAHEAIK.
Tujuan dan Keistimewaan Sahabat JAHEAIK

Sahabat JAHEAIK adalah merupakan satu platform untuk mendapatkan sukarelawan dakwah yang akan bersama-sama dengan JAHEAIK untuk menggerakkan kempen WE SUPPORT DAKWAH kepada semua lapisan masyarakat.

Ia merupakan satu pendekatan inovatif bagi merakyatkkan kerja dakwah untuk disebarluas ke seluruh pelusuk Negeri Kelantan melalui sebaran media sosial seterusnya bersama-sama dengan JAHEAIK menangani isu gejala sosial di kalangan masyarakat.

  • Dijemput menyertai Kursus Pendakwah Muda anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan yang berorientasikan latihan dan kepimpinan
  • Jemputan untuk menyertai program-program dakwah anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan seperti program JAHEAIK bersama orang asli
  • Diskaun buku jualan JAHEAIK serta sijil penyertaan Sahabat JAHEAIK