Hubungi Kami

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan
Kompleks Islam Darulnaim,
Jalan Sultan Yahya Petra,
15200 Kota Bharu, Kelantan

No. Telefon 09-7443633 No. Faksimili 09-7446685
E-Mel jaheaik@kelantan.gov.my

Peta Lokasi (Google Maps)

Utama / Profil Bahagian / YB' Dato' Pengarah
Hear this content
Increase font size
Decrease font size
Print this content

Perutusan YB Dato' Pengarah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Bersyukur kehadrat Ilahi yang dengan izin Nya dapat kita bersama di Portal Rasmi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK). Sebagaimana yang sedia maklum, sesungguhnya perubahan dan kemajuan pesat dalam persekitaran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sepanjang abad ini telah mengunjurkan kesan yang signifikan terhadap pembangunan sistem pengurusan organisasi di peringkat domestik dan global. Justeru, kemampuan untuk meraih manfaat yang timbul daripada kemajuan teknologi ICT banyak bergantung kepada keupayaan dan kapasiti sesebuah organisasi untuk membuat penyesuaian dengan lancar dan menerima perubahan yang berlaku.

Dalam masa yang sama, untuk mempertingkatkan lagi peranan JAHEAIK dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan sebagai sebuah Jabatan Agama yang mentadbir dan mengendalikan pembangunan dan pengurusan Hal Ehwal Agama Islam  di Negeri Kelantan, jabatan  akan turut berfungsi sebagai Pusat Maklumat Sehenti (One Stop Information Center) yang mampu memberi nilai tambah kepada mutu perkhidmatan di jabatan ini.

Sehubungan itu,  melalui pengurusan kandungan laman sesawang yang baru dirangka ini maka akan dapat memastikan JAHEAIK menyalurkan  maklumat perkhidmatan kepada semua pihak dan masyarakat amnya yang ingin mendapatkan maklumat  awal mengenai perkhidmatan yang disediakan sebelum berkunjung ke jabatan ini.

Dalam menempuh era globalisasi dan mengurangkan jurang digital, kita perlulah memperkasakan diri dengan menyediakan pelbagai maklumat yang berguna bagi melaksanakan  fungsi dan peranan utama organisasi. Oleh yang demikian, adalah menjadi hasrat JAHEAIK untuk memastikan semua aspek pengurusan dan pentadbiran hal ehwal Islam diurus dengan penuh amanah dan berhikmah melalui pengamalan nilai-nilai murni yang dikongsi bersama sesuai dengan imejnya sebagai sebuah agensi Islam dan dipertingkatkan melalui pembudayaan dan penggunaan ICT adalah merupakan satu kemestian dalam melengkapkan diri di kalangan warga kerja di jabatan ini dan memperkemaskan serta melonjakkan sistem penyampaian kerajaan menjadi lebih cekap dan berkesan.

Portal rasmi ini merupakan saluran komunikasi yang penting dalam menyediakan perkhidmatan dan penyebaran maklumat kepada pengguna kerana ianya dapat dicapai di mana jua tanpa mengira had masa. Selain itu, saya berharap portal ini dapat menyediakan semua maklumat yang tepat dan terkini bagi memenuhi kehendak kakitangan  awam  agensi yang lain dan juga orang awam.

Dengan ini, saya berharap melalui penggunaan perkhidmatan ini sebagai langkah awal ke arah kerajaan eletronik, JAHEAIK dapat bersama menyumbang ke arah mewujudkan penyaluran maklumat yang diperlukan oleh pelanggan dan masyarakat awam umumnya selaras dengan kemajuan Negara kita yang semakin pesat membangun. Saya juga mengalu-alukan sebarang komen dan pandangan yang membina daripada pihak anda semua dalam memantapkan lagi pengurusan maklumat dan perkhidmatan yang disediakan dalam portal ini.

Wassalam,

Yang Berhormat Dato' Haji Che Mohd Rahim bin Jusoh
Pengarah
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan


Hit Kemaskini Terakhir Kongsikan Kandungan ini
1211 12/08/2012 14:47:30